BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang Ke Blog Purple Dreamer's. Anda Adalah Pelawat Ke

Hit Counters

Laguku Untukmu

Tuesday, April 27, 2010

USANA Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Pada hari ini, kita hidup terlalu singkat dan mati terlalu lama akibat penyakit-penyakit degeneratif. Nutrisi yang sempurna adalah cara terbaik untuk memastikan kita hidup dalam kesihatan yang sebaik mungkin. Semasa saintis-saintis kami menganalisa produk-produk kesihatan yang ternama di pasaran, kami mendapati bahawa tidak ada satu pun antaranya yang mampu mengekalkan kesihatan sel-sel di dalam makmal. Jadi bagaimanakah ia dapat mengekalkan kesihatan sel-sel di dalam tubuh kita? Selepas itu saya bertekad untuk mencipta produk-produk kesihatan yang dapat membekalkan spektrum nutrien-nutrien lengkap serta perlindungan anti-oksidan untuk memberikan kesihatan sellular yang optimum. Dari situlah bermulanya idea untuk melahirkan Usana Health Sciences."

- Dr. Myron Wentz, Pengasas USANA Health Sciences

Pemakanan Nutrisi USANA - Mikronutrisi adalah sains untuk menyediakan segala keperluan vitamin, mineral serta mikronutrien penting lain pada tahap optimum yang sukar didapati dengan cara hidup kita yang biasa.

BiOmega dihasilkan daripada ikan laut dalam berair sejuk. Ia kaya dengan dua jenis asid lemak tidak tepu Omega-3 yang penting, iaitu asid aikosapentanoik (EPA) dan asid dokosahexanoik (DHA). BiOmega merupakan pilihan yang mudah dan ultratulen untuk membekalkan penokok zat harian EPA dan DHA dalam bentuk kapsul. Asid lemak EPA dan DHA memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kardiovaskular untuk pertumbuhan dan perkembangan saraf yang optimum serta kesihatan sendi.


Walaupun ia membawa banyak faedah, badan berkuasa kesihatan sentiasa memberi amaran kepada kita tentang pencemaran yang mungkin berlaku paa ikan dan pekatan minyak ikan. Dalam hal ini, USANA mengambil tindakan menyingkirkan segala pencemar melalui proses penyulingan molekul berkembar untuk memastikan ketulenan yang paling tinggi. Melalui proses ini, logam berat, PCB dan racunserangga akan terus disingkirkan.


JENIS LEMAK


Sementara kita harus menghadkan pengambilan lemak tidak lebih daripada 30% kalori, kita juga harus memberi perhatian kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tepu yang wujud dalam daging, susu dan keju akan membentuk deposit lemak penghalang arteri yang membawa masalah kardiovaskular. Asid trans lemak yang terdapat di dalam marjerin dihidrogenkan tidak sepenuh serta lelemak yang tersembunyi dalam makanna terbakar (seperti biskut dan kek) begitu juga dalam makanan segera goreng adalah lebih membahayakan kesihatan kita.


Sebaliknya lemak monotidaktepu yang terkandung di dalam minyak sayuran tidak akan menimbulkan masalah deposit lemak arteri. Padahal lemak politidaktepu seperti asid lemak Omega-3 dalam minyak ikan adalah lemak yang paling berfaedah.


Adalah penting juga bagi kita untuk menjaga keseimbangan antara asid lemak Omega-6 dan Omega-3. Ini kerana pemakanan ala barat mengandungi jauh lebih banyak Omega-6 daripada Omega-3. Oleh yang demikian, kita memerlukan penokok asid lemak Omega-3 untuk keseimbangan kesihatan kita.


METABOLISME LEMAK


Badan manusia memerlukan lemak yang berbentuk triglycerids atau phospholipids dalam beberapa aspek. Lemak bertindak sebagai penebat dan juga bahan api untuk pengeluaran tenaga. Ia merupakan alas untuk organ utama dan melindungi gentian saraf untuk kemudahan transmisi impuls.


Lemak juga merupakan blok penting untuk hormon dan prostaglandins iaitu sebatian metabolik dalam badan. lemak mengambil peranan yang penting dalam pengangkutan nutrien lain contohnya vitamin pelarut lemak A, D, E dan K. Asid lemak adalah komponen struktual yang penting untuk semua membran sel.


ASID LEMAK OMEGA-3 DAN KESIHATAN


EPA merupakan pelopor untuk prostaglandins siri-3 yang memainkan peranan penting untuk tekanan darah, tahap kolesterol dan tahap try glyceride yang sihat (Selagi dalam keadaan normal dari permulaannya).


DHA merupakan komponen struktural yang penting untuk retina dan oleh yang demikian ia diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan mata.


MENGAPA MEMILIH BIOMEGA?


Di A.S. dan Eropah, jumlah asid lemak penghidrogenan makanan yang bertujuan untuk memanjangkan tempoh rak produk telah mengurangkan asid lemak Omega-3 dalam minyak sayuran komersil. Lantas penokokan BiOmega merupakan cara yang terkemuka untuk memastikan diet anda mengandungi asid lemak Omega-3 yang sihat.


BiOmega USANA adalah bebas dari logam berat, pencemar organik, racun serangga dan asid translemak. Setiap kapsul BiOmega mengandungi 1mg campuran tokoferol asli untuk meminimumkan pengoksidaan asid lemak Omega-3 dan mengekalkan kualiti produk dalam simpanan.


BiOmega telah diuji di makmal, dijamin potensinya dan memenuhi spesifikasi USP untuk kesamaan dan penghancuran yang mana pelru.


CARA PEMAKANAN BIOMEGA:


Empat (4) kapsul setiap hari pada jarak waktu yang sama rata atau bila-bila senang. Jauhilah dari kanak-kanak.

3 comments:

PuTriAjA said...

Kat mana boleh didapati ubat ini di farmasi atau kedai2 khas saja? saya tinggal di kedah, di mana boleh saya dapatkan product ini?

Purple Dreamers said...

cuba check kat google search..u boleh akan tau kat mana nak dapat...terimakasih

usanaziela said...

Kalau minat nk bli produk USANA, boleh bli kat saya. sy distributor USANA....
my emel: usanaziela@gmail.com
facebook: www.facebook.com/pzzzi
hp: 012-9406854