Wanita bernama Noor Jannah Ahmad sangat bertuah kerana bukan sahaja mampu melahirkan 13 orang anak tetapi turut memiliki 4 orang anak kembar lelaki dan mampu juga memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka..
Ramai dari kita mengatakan duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Lembah Klang, untuk memiliki anak yang ramai adalah membebankan sama ada dari kos membesarkan atau menyediakan keperluan pendidikan mereka. Namun beliau mampu menidaku menidakkan tanggapan ramai ini.
Beliau menurunkan panduan persediaan untuk berhadapan dengan situasi ini:
FIZIKAL:
- Didik anak berjimat dan ajak mereka berfikir apa yang boleh dilakukan bersama untuk menambah pendapatan
- Jana pendapatan (termausk anak) dengan mengusahakan apa saja perniagaan berasaskan kemahiran seperti mengajar mengaji, kelas tambahan atau memasak
- Jangan malu dan bersikap pentingkan diri sendiri. Isteri seharusnya lebih faham keperluan keluarga. Jangan biarkan suami sendirian mencari pendapatan. Tekanan boleh mengakibatkan masalah lain timbul
- Ketika makan, amal tabiat biar bertambah jangan terbuang. Jangan jijik untuk mengutip sisa makanan yang jatuh. Amalkan makan secara bersaprah
- Elakkan berbelanja dipengaruhi orang lain, gaya hidup ataustatus. Berbelanja untuk keperluan asas.
EMOSI:
- Lapang dada dan sentiasa memaafkan. Faktor penting apabila bajet merudum, tetapi hati reda dan sentiasa bertawakal kepada Allah.
- Jangan keluh kesah, apatah lagi merungut dan banyakkan berdoa.
- Sentiasa kreatif mencipta suasana ceria dan menghiburkan: contohnya " Hari ini umi cipta hidangan istimewa untuk anak-anak umi yang comel dan baik iaitu jemput-jemput bervitamin" - Padahal setiap hari dihidangkan dengan jemput-jemput
- Tekanan ialah bagaimana kita mengendalikan perasaan dan penilaian kita pada kehidupan seharian
- Ubah cara bercakap dengan anak dan suami. Kita mungkin kurang wang, tetapi lebih mewah kasih sayang, jadi apa yang kurang?
- Ajar anak menilai dan menerima (muhasabah diri). Barangkali kita ada melakukan kesilapan, jadi apa yang diberikan oleh Allah adalah wajar
MENTAL:
- Banyak membaca Al-Quran dan berbincang secara positif misalnya bagaimana Allah berurusan dengan hambaNya dalam soal rezeki
- Kuatkan pengantungan hati kepadaNya
- Banyakkan berdoa (tidak semestinya diatas sejadah), bercakap dan mengadu denganNya. Ini adalah terapi paling berkesan
- Syukur yang tidak putus
- Banyakkan sedekah kepada anak-anak dan suami melalui perbuatan dengan memasak sebaik mungkin, membasuh, mengemas rumah tanpa merungut, bercakap menggunakan bahasa yang manis dan menghiburkan serta saling menghargai, sentuhan menerusi peluk dan belaian dengan lebih kerap
- Memaafkan kesalah orang sebagai penghargaan untuk diri sendiri
0 comments:
Post a Comment