BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang Ke Blog Purple Dreamer's. Anda Adalah Pelawat Ke

Hit Counters

Laguku Untukmu

Sunday, April 25, 2010

Kenali Skizofrenia


Kenali Skizofrenia


- Skizofrenia merupakan penyakit kecelaruan yang serius

- Menurut pakar psikologi, skizofrenia merupakan nama khas untuk kumpulan individu yang menghidap penyakit mental yang mana mereka mengalami gangguan perasaan, pemikiran dan menunjukkan gerak geri luar biasa.

- Sesiapa sahaja boleh menghidap skizofrenia, namun peluang hanya 1% sahaja iaitu satu 91) daripada 100 orang di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 1% daripada penduduk menghidap penyakit ini dan bilangannya sama banyak antara lelaki dan perempuan.

- Menurut kajian pakar, lingkungan umur pesakit skizofrenia adalah 12 tahun hingga 45 tahun.

Ciri-Ciri Umum Skizofrenia:

- Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.
- Suka bercakap dan ketawa sendirian.
- Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
- Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.
- Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.
- Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnys orang lain yang mengekorinya, ingin mencedera, mengawal atau membunuhnya.
- Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.
- Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada keluarga.
- Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.

Cadangan Rawatan Yang Berkesan:

- Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.
- Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.
- Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.
- Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan.
- Menerima rawatan pakar yang terlatih.
- Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

0 comments: