BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang Ke Blog Purple Dreamer's. Anda Adalah Pelawat Ke

Hit Counters

Laguku Untukmu

Friday, April 30, 2010

Umpat Mengumpat???!! vs Fitnah Menfitnah

Ini semua dilakukan oleh kawan2 kita mungkin, sedara mara kita mungkin, adik beradik kita mungkin, kawan sepejabat mungkin????? Sebab??? Tak puas ati ngan kiter...dengki....ngan kita...sajer2 nak bagi kita pahala ....ha yang ni best la kan..org umpat dan fitnah kita...kita dapat pahala amin...PD rasa nak bagi hadiah ajer kat saper2 yang depan PD baik bkn main...mulut manis bak tapai, belakang PD masam bak cuka..alahai..takper la PD maafkan semua2 umpataror2 (istilah baru bg pengumpat2)...malah PD rasa bertuah kerana diumpat sebab???dapat pahala...tak nak...PD pun mngkin jugak ada terumpat org secara tak sengaja atau sengaja sebab emosional yang tak blh dikawal kerana kadang2 perlakuan manusia2 ni membuatkan kita nak tak nak terpaksa terumpat....Ya Allah ampunkanlah aku dan para umpataror2 yg lain...berilah kami petunjuk semoga kami tidak lagi tergolong ke dalam golongan2 ini...semoga kita mendapat hidayah....kalau dah mengumpat memang kita tak sedar diri...tak dinafikan...syaitan tu dah bisikkan sodap mengumpat ni...kok digoreng lagi sodappppp nyahhhh....pas mengumpat kita dijemput Nya...Allahuakbar....peringatan ni untuk PD sendiri dan sahabat2 dan semua makhluk yang boleh bercakap tak kira dalam bahasa aper pun....kita kadang2 lupa dan lalai tanggungjawab kita untuk menjaga lidah....Ya ampun ....

Wednesday, April 28, 2010

GTH????

KINI ANDA TIDAK PERLU MERASA KELIRU UNTUK MENGENALPASTI MANAKAH YANG TERBAIK kerana GTH telah berjaya menggabungkan keseluruhan kebaikan revolusi pemakanan yang telah diwujudkan di dalam SATU PRODUK SAHAJA.


GTH juga telah diperkayakan dengan ribuan tenaga yang diakui kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan melalui penggunaan teknologi hf. Gabungan inovasi teknologi ini menjadikan GTH sebagai MAKANAN LENGKAP LAGI SEMPURNA bagi memenuhi keperluan tubuh badan secara HOLISTIK. Kajian saintifik berkaitan keberkesanannya telah dibentang di 45th World Congress for Alternative Medicine di Sri Lanka pada bulan November 2007.

GTH dihasilkan dengan menggabungkan seluruh kebaikan revolusi pemakanan pada satu produk dan diperkayakan dengan ribuan tenaga yang diakui untuk tubuh badan. Bahan-bahan ini dipertingkatkan lagi tenaganya dengan menggunakan teknologi "small dose" bagi menghasilkan tenaga yang tinggi pada kadar dos yang sangat rendah.

Gabungan Revolusi Permakanan Terbaik Dunia

Revolusi Vitamin

• Vitamin A hingga T

Revolusi Anti-Oksida

• 42 jenis anti oksida

Revolusi Transfer Factor

• Imun transfer factor • Colostrum

Revolusi Herba

• Bee Pollen • Royal Jelly • Avena Sativa • Alfalfa • Propolis • Ginseng • Gingko Biloba • Madu • Kolegen • Lynze • Koloid

Revolusi hf

• 1732 electromagnetic wave

ECPI ????? Apa tu??

Pagi semalam lebih kurang kul 11.42am, kawan PD dari Kg. Bukit Lancong, Subang Jaya call aku ..tanya saper ada jual ECPI.  PD cakap , PD pun ada juai...so dia pun order ler 2 botol besar (RM8.10 sebotol).  PD offer dia beli 1 dzn sebab alang2 membeli nanti PD bagi ar rege spesel....dia ckp tak mau ar...sebab nak cuba ajer...lagipun bkn utk dia , utk kawan dia...PD kata ok arr...kul 5.30 PD pi lar jumpa Encik Bakhtiar yang suplly air ni kat Bazaar MPSJ, USJ 7 (sempat jugak lar bersembang panjang dengan Kak Lina isteri En. Bakh yang pernah didignosis breast cancer) tp dah elok dah sebab mengamalkan ECPI dan lain2 produk supplimen yang dikeluarkan oleh syarikat pegneluar ECPI ni....

PD bagi tau kawan tu kalau nak datang, datang lar time kul 8pm-9.30pm sebab PD pun sibuk gak nak uruskan antar dan amik anak pi tuisyen.  Kawan PD sampai lebih krg kul 8.30pm...ok lar tu...so, PD hidangkan dengan kuih cucur badak dan samosa made from Port Dckson....dibawa khas oleh De Sahimi....

Masa menikmati keenakan kuih muih ni...kwn PD pun bercerita lar...dia nakkan air ECPI ni sebab anak jiran dia dah seminggu kena histeria selepas dia buat panggilan spirit2 dgn kawan2 dia kat sekolah.  Dia pernah dengar kegunaan air ni utk merawat org histeria...so, dia nak cuba lah....PD pun bercerita jugak lah pasal kebaikan air ni serba sedikit...so, dia pun minat gak nak ambil terus 1 dzn....dia nak cuba utk anak teruna dia yg muda2 lagi dah ada high blood.....zaman moden...penyakit tak kira tua muda...kalau nak hinggap, dia hinggap jugak...

Alamak!! cerita punya cerita dah kul 9.30pm....PD kena amik anak...tp nasib baik kawan PD dah di inform awal2....diapun prihatin jugak lar ....dia mohon undur diri jugak lah.....sebelum tu sempat jugak lar citer sal bisnes masing2....PD sempat jugak mengeluarkan tudung 'ekin' yg PD jual...dan dia pun sempat lar promot bahan dagangan dia .....produk kristel- cincin, gelang dan brooch...cantik gak...nanti ar PG tgk budget dulu...ingat nak cincin dia...cantik very d very nice....

UNTUK INFO KENGKAWAN:

KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR ECPI?



• Kadar penyerapan yang tinggi. Saiz molekul air yang halus (0.001 - 0.004 micron) atau 2500 kali ganda dari saiz sel darah merah memudahkan air ECPI menyerapi sel sel dengan baik dan cepat

• Bersih & Suci. Gabungan 14 sistem tapisan dan rawatan menjadikan air ECPI bersih lagi suci
• Air ECPI mempunyai bacaan pH 7.3 - 8.5 menjadikannya bersifat alkali yang bersesuaian bagi mengimbangi kadar pH semulajadi meneutralkan asid dalam darah

• Mengandungi nano colloid

• Mengandungi 1732 caj tenaga ERF (125,000 kali ganda berbanding saiz nano – 1/10003)

• Membekalkan tenaga dengan cepat. Gabungan teknologi yang digunakan membolehkan ribuan kod tenaga gelombang (elektromagnetic) dimasukkan bagi membolehkannya membekalkan tenaga dengan cepat pada tubuh badan. Minum 2 gelas air ECPI dan anda akan merasai tambahan tenaga dengan segera dengan melihat kepada beberapa simptom seperti hilang rasa letih, fikiran menjadi lebih tenang.

UJI KEHEBATAN AIR ECPI


• Mengawal gula dalam darah. Lihat perbezaan bacaan gula dalam darah selepas sejam meminum air ECPI
• Membantu mengembalikan keseimbangan. Bertindakbalas cepat terhadap sebarang permasalahan kesihatan. Lihat perubahan terhadap symptom
• Ganguan makhluk halus. Beri minum dan sapu kepala dengan air ECPI dan berdoa untuk kesembuhan
• Mengeluarkan toksid. Rokok akan berubah rasa selepas diletakkan selama 15-20 minit
• Melancarkan perjalanan darah. Tapak tangan anda akan menjadi lebih kemerahan selepas beberapa minit meminum air ECPI.
• Kecantikan kulit. Amalkan mencuci muka dengan air ECPI, kulit akan menjadi bertambah muda dan segar
• Mengatasi masalah obesiti atau berat badan dan tekanan darah tinggi, merupakan satu kaedah yang mudah dan selamat
• Menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga mekanikal yang diperlukan sel
• Membentuk ikatan kukuh struktur kulit
• Menghindar dan memperbaiki kerosakan DNA yang tidak normal
• Merangsang sistem imun
• Bertindak sebagai pelarut/bendalir yang membantu proses penghadaman
• Memberi tenaga kepada makanan untuk proses penghadaman
• Meningkatkan kadar penyerapan bahan penting yang terdapat dalam makanan
• Membantu proses pengangkutan semua bahan di dalam tubuh
• Meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen
• Membawa oksigen ke dalam sel dan membawa gas buangan keluar
• Mengeluarkan semua sisa-sisa toksid dari seluruh tubuh
• Bertindak melincirkan kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi dan sakit bahagian belakang
• Membina kekuatan tulang
• Membantu mengatasi masalah sembelit
• Membantu mengatasi masalah serangan jantung dan angin ahmar
• Membantu mengatasi masalah penyempitan saluran jantung dan otak
• Sangat berkesan di dalam membantu sistem penyejukan, perpeluhan dan pemanasan badan.
• Membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak
• Sangat diperlukan oleh hormon terutamanya neruo transmiter termasuk serotonin
• Sangat diperlukan bagi menghasilkan hormon otak termasuk melatonin
• Menghindar dan mengatasi sindrom kurang perhatian
• Menambah tenaga
• Mempunyai ciri-ciri terbaik dan boleh diminum tanpa kesan sampingan
• Membantu mengurangkan stress atau tekanan dan kemurungan
• Mampu mengatasi masalah tidur
• Mengekalkan awet muda
• Memperbaiki tahap penglihatan
• Membantu mengatasi masalah glaucoma
• Merangsang sistem pembuatan darah dan mengelak masalah leukemia dan lymphoma
• Menjadikan sistem imunisasi lebih efekif
• Melarut serta mengelak pembekuan darah serta menstabilkan viscosity, isipadu dan tekanan darah
• Mengatasi masalah sengugut
• Memulihkan sistem penghasilan darah
• Mengatasi masalah pemendapan di dalam saluran darah
• Mengatasi kekurangan air badan dan kehausan
• Meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan hormon seks dan mengatasi masalah lemah syahwat
• Memisahkan sensasi lapar dan dahaga
• Membersihkan mendapan sel, tisu, ruang sendi, buah pinggang, hati, otak dan kulit
• Mengurangkan kesakitan sewaktu kehamilan
• Membantu mengurangkan masalah keguguran
• Mengkoordinasikan fungsi otak dan badan bagi meningkatkan kecekapan berfikir dan bertindak
• Mampu mengatasi masalah Alzheimer, multiple scleross, Parkinson dan penyakit berkaitan disorder sarat dan otak
• Memulihkan ketagih berkaitan kafein, alcohol dan beberapa jenis dadah
• Meningkatkan sistem imun serta mengwujudkan beberapa lapisan daya tahan
• Mengkoordinasi seluruh tubuh badan dan mampu mengubati setiap jenis penyakit
• Minuman berfungsi tinggi untuk tenaga, kesihatan dan kecantikan





Tuesday, April 27, 2010

USANA Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Pada hari ini, kita hidup terlalu singkat dan mati terlalu lama akibat penyakit-penyakit degeneratif. Nutrisi yang sempurna adalah cara terbaik untuk memastikan kita hidup dalam kesihatan yang sebaik mungkin. Semasa saintis-saintis kami menganalisa produk-produk kesihatan yang ternama di pasaran, kami mendapati bahawa tidak ada satu pun antaranya yang mampu mengekalkan kesihatan sel-sel di dalam makmal. Jadi bagaimanakah ia dapat mengekalkan kesihatan sel-sel di dalam tubuh kita? Selepas itu saya bertekad untuk mencipta produk-produk kesihatan yang dapat membekalkan spektrum nutrien-nutrien lengkap serta perlindungan anti-oksidan untuk memberikan kesihatan sellular yang optimum. Dari situlah bermulanya idea untuk melahirkan Usana Health Sciences."

- Dr. Myron Wentz, Pengasas USANA Health Sciences

Pemakanan Nutrisi USANA - Mikronutrisi adalah sains untuk menyediakan segala keperluan vitamin, mineral serta mikronutrien penting lain pada tahap optimum yang sukar didapati dengan cara hidup kita yang biasa.

BiOmega dihasilkan daripada ikan laut dalam berair sejuk. Ia kaya dengan dua jenis asid lemak tidak tepu Omega-3 yang penting, iaitu asid aikosapentanoik (EPA) dan asid dokosahexanoik (DHA). BiOmega merupakan pilihan yang mudah dan ultratulen untuk membekalkan penokok zat harian EPA dan DHA dalam bentuk kapsul. Asid lemak EPA dan DHA memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kardiovaskular untuk pertumbuhan dan perkembangan saraf yang optimum serta kesihatan sendi.


Walaupun ia membawa banyak faedah, badan berkuasa kesihatan sentiasa memberi amaran kepada kita tentang pencemaran yang mungkin berlaku paa ikan dan pekatan minyak ikan. Dalam hal ini, USANA mengambil tindakan menyingkirkan segala pencemar melalui proses penyulingan molekul berkembar untuk memastikan ketulenan yang paling tinggi. Melalui proses ini, logam berat, PCB dan racunserangga akan terus disingkirkan.


JENIS LEMAK


Sementara kita harus menghadkan pengambilan lemak tidak lebih daripada 30% kalori, kita juga harus memberi perhatian kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tepu yang wujud dalam daging, susu dan keju akan membentuk deposit lemak penghalang arteri yang membawa masalah kardiovaskular. Asid trans lemak yang terdapat di dalam marjerin dihidrogenkan tidak sepenuh serta lelemak yang tersembunyi dalam makanna terbakar (seperti biskut dan kek) begitu juga dalam makanan segera goreng adalah lebih membahayakan kesihatan kita.


Sebaliknya lemak monotidaktepu yang terkandung di dalam minyak sayuran tidak akan menimbulkan masalah deposit lemak arteri. Padahal lemak politidaktepu seperti asid lemak Omega-3 dalam minyak ikan adalah lemak yang paling berfaedah.


Adalah penting juga bagi kita untuk menjaga keseimbangan antara asid lemak Omega-6 dan Omega-3. Ini kerana pemakanan ala barat mengandungi jauh lebih banyak Omega-6 daripada Omega-3. Oleh yang demikian, kita memerlukan penokok asid lemak Omega-3 untuk keseimbangan kesihatan kita.


METABOLISME LEMAK


Badan manusia memerlukan lemak yang berbentuk triglycerids atau phospholipids dalam beberapa aspek. Lemak bertindak sebagai penebat dan juga bahan api untuk pengeluaran tenaga. Ia merupakan alas untuk organ utama dan melindungi gentian saraf untuk kemudahan transmisi impuls.


Lemak juga merupakan blok penting untuk hormon dan prostaglandins iaitu sebatian metabolik dalam badan. lemak mengambil peranan yang penting dalam pengangkutan nutrien lain contohnya vitamin pelarut lemak A, D, E dan K. Asid lemak adalah komponen struktual yang penting untuk semua membran sel.


ASID LEMAK OMEGA-3 DAN KESIHATAN


EPA merupakan pelopor untuk prostaglandins siri-3 yang memainkan peranan penting untuk tekanan darah, tahap kolesterol dan tahap try glyceride yang sihat (Selagi dalam keadaan normal dari permulaannya).


DHA merupakan komponen struktural yang penting untuk retina dan oleh yang demikian ia diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan mata.


MENGAPA MEMILIH BIOMEGA?


Di A.S. dan Eropah, jumlah asid lemak penghidrogenan makanan yang bertujuan untuk memanjangkan tempoh rak produk telah mengurangkan asid lemak Omega-3 dalam minyak sayuran komersil. Lantas penokokan BiOmega merupakan cara yang terkemuka untuk memastikan diet anda mengandungi asid lemak Omega-3 yang sihat.


BiOmega USANA adalah bebas dari logam berat, pencemar organik, racun serangga dan asid translemak. Setiap kapsul BiOmega mengandungi 1mg campuran tokoferol asli untuk meminimumkan pengoksidaan asid lemak Omega-3 dan mengekalkan kualiti produk dalam simpanan.


BiOmega telah diuji di makmal, dijamin potensinya dan memenuhi spesifikasi USP untuk kesamaan dan penghancuran yang mana pelru.


CARA PEMAKANAN BIOMEGA:


Empat (4) kapsul setiap hari pada jarak waktu yang sama rata atau bila-bila senang. Jauhilah dari kanak-kanak.

Di Asia Cosmetic

Ini lah alat make up yang PD gunakan sejak 3 menggu yang lepas...ok juga....kalau sesiap yang nak boleh lar oder...RM85.00 ajer...utk set jerawat RM65.00

Inilah oven kek lapis sarawak kalau korang nak tau...PD dulu masa lum pi kursus wat kek ni, dok terfikir macam mana la rupenya oven kek sarawak...ingatkan boleh guna oven Eropa yang macam Chef Wan guna tu....tapi sangkaan ku meleset semata2....hahaha....ni gambar pandangan belakang dia...PD terpaksa letak kat depan umah sbb nak masuk ke dalam umah no space la pulak...regenya masa beli dulu RM750...skang dah naik dah kut.....pernah cuba sekali wat ikut resepi dari dlm buku...hampeh...keras kejung kek PD....tak tau mana silap.....nak kena pi menuntut lagi ler gamaknya...tp masa PD pulak terlalu terhad tahun ni...Puan Nomie...tungguuuuu...aku akan datang untuk menceduk ilmu kek lapis lagi yerrrr...

Monday, April 26, 2010

Save Our Earth With Tupperware

Tupperware - Barang-barangnya ok juga untuk kita jadikan sebagai bekas makanan, sayuran dan jajan anak..dah lama dah produk ni ada kat negara kita...PD rasa...sejak PD kecik dulu dah ada dah tupperware ni...ingat dulu mak cik2 kat kampung buat parti....seronok sakan mak cik kat kampung ...yang tak seronok pak cik2nya....mana taknya...rabak lar poket sebab mak ciknya nak beli tupperware....hehehe...nasib ler...

Tapi sekarang ni tupperware telah melalui tranformasi produk yang begitu menerujakan sama ada dari segi saiz, warna, kualiti dan pilihan produk.  Mana2 kakak2 atau adik2 yang nak join tupperware boleh lar tinggalkan phone no kat cbox PD tu...nanti PD contact lar...tak mahai pun jadik ahli RM60 dapat lagi tiga (3) item tupperware...berbaloi...seolah2 jadi ahli free ajer...aterrrr!!! apa tunggu lagi????

Buah Tangan Dari Lenggong

Buah tangan dari Kuala Kangsar- Selamat Pengantin Baru kepada adik ipar En. Din ...Terima Kasih Daun Keladi.....Semoga Nurul dan suami berkekalan sehingga akhir hayat dan selamat berbahagia

Zaim dan Ct

Kak Ct dan Zaim sibuk mengacau semasa PD menyiram pokok2 kat belakang umah ni...PD  nak amik gambar pokok buluh ni nak upload dlm blog....

Abang dan kakak sibuk wat keje sekolah, si zaim ni pun sibuk jugak dengan buku dia....macam dah pandai sangat nak menulis dan membaca..alahai bujang kecik.....Iyo2 ajo ....Tak bagi pensil menangis.....pecah satu taman dengan suara dia......duk bawah meja tu....

Sunday, April 25, 2010

Kenali Skizofrenia


Kenali Skizofrenia


- Skizofrenia merupakan penyakit kecelaruan yang serius

- Menurut pakar psikologi, skizofrenia merupakan nama khas untuk kumpulan individu yang menghidap penyakit mental yang mana mereka mengalami gangguan perasaan, pemikiran dan menunjukkan gerak geri luar biasa.

- Sesiapa sahaja boleh menghidap skizofrenia, namun peluang hanya 1% sahaja iaitu satu 91) daripada 100 orang di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 1% daripada penduduk menghidap penyakit ini dan bilangannya sama banyak antara lelaki dan perempuan.

- Menurut kajian pakar, lingkungan umur pesakit skizofrenia adalah 12 tahun hingga 45 tahun.

Ciri-Ciri Umum Skizofrenia:

- Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.
- Suka bercakap dan ketawa sendirian.
- Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
- Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.
- Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.
- Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnys orang lain yang mengekorinya, ingin mencedera, mengawal atau membunuhnya.
- Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.
- Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada keluarga.
- Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.

Cadangan Rawatan Yang Berkesan:

- Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.
- Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.
- Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.
- Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan.
- Menerima rawatan pakar yang terlatih.
- Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.

Saturday, April 24, 2010

Fakta Warisan Islam - Masjid Negeri Pulau Pinang

Masjid Negeri Pulau Pinang di persimpangan Jalan Air Hitam dan Green Lane merupakan ilham oleh Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia.  Ia dibina pada tahun 1968 di atas tanah seluas 11 ekar dan perletakan batu asasnya pada 16 Julai, 1977 oleh Yang Dipertua Negeri. Model reka bentuk masjid ini disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dan arkiteknya E.B. Paz, berasal dari Filipina yang pakar dalam mengkaji serta membuat reka bentuk masjid terkemuka di Asia Barat.  Masjid ini menelan kos sebanyak RM5 juta.

Fakta Warisan Islam - Kota Budaya Kota Baharu , Kelantan

Kota Budaya di Kota Baharu, Kelantan dibina berasaskan rekaan bentuk pintu Kota Istana Balai Besar zaman silam.  Ia diisytiharkan sebagai Kota Sultan Ismail dan dirasmikan Sultan Kelantan pada 1992.  Keunikan pintu kota itu ialah, ia mengandungi ciri-ciri keagamaan dan pemerintahan beraja.

Tiang di kiri dan kanan pintu melambangkan struktur pemerintahan beraja.  Manakala tiang utamanya menjunjung rehal dan kitab melambangkan keutuhan agama Islam.  Tulisan Iqra di bawah rehal pula melambangkan kepentingan menuntut ilmu dalam Islam.

Info Minda

Tahukah anda bongkah ais di Antartika adan yang mempunyai ketebalan sehingga empat (4) kilometer dan sentiasa bergerak.  Pergerakan yang dicatatkan ialah 10 meter setahun.

Friday, April 23, 2010

Noor Jannah Si Ibu Hebat

Wanita bernama Noor Jannah Ahmad sangat bertuah kerana bukan sahaja mampu melahirkan 13 orang anak tetapi turut memiliki 4 orang anak kembar lelaki dan mampu juga memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka..

Ramai dari kita mengatakan duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Lembah Klang, untuk memiliki anak yang ramai adalah membebankan sama ada dari kos membesarkan atau menyediakan keperluan pendidikan mereka.  Namun beliau mampu menidaku menidakkan tanggapan ramai ini.

Beliau menurunkan panduan persediaan untuk berhadapan dengan situasi ini:

FIZIKAL:

  • Didik anak berjimat dan ajak mereka berfikir apa yang boleh dilakukan bersama untuk menambah pendapatan
  • Jana pendapatan (termausk anak) dengan mengusahakan apa saja perniagaan berasaskan kemahiran seperti mengajar mengaji, kelas tambahan atau memasak
  • Jangan malu dan bersikap pentingkan diri sendiri. Isteri seharusnya lebih faham keperluan keluarga.  Jangan biarkan suami sendirian mencari pendapatan.  Tekanan boleh mengakibatkan masalah lain timbul
  • Ketika makan, amal tabiat biar bertambah jangan terbuang.  Jangan jijik untuk mengutip sisa makanan yang jatuh.  Amalkan makan secara bersaprah
  • Elakkan berbelanja dipengaruhi orang lain, gaya hidup ataustatus.  Berbelanja untuk keperluan asas.
EMOSI:

  • Lapang dada dan sentiasa memaafkan.  Faktor penting apabila bajet merudum, tetapi hati reda dan sentiasa bertawakal kepada Allah.
  • Jangan keluh kesah, apatah lagi merungut dan banyakkan berdoa.
  • Sentiasa kreatif mencipta suasana ceria dan menghiburkan: contohnya " Hari ini umi cipta hidangan istimewa untuk anak-anak umi yang comel dan baik iaitu jemput-jemput bervitamin"  - Padahal setiap hari dihidangkan dengan jemput-jemput
  • Tekanan ialah bagaimana kita mengendalikan perasaan dan penilaian kita pada kehidupan seharian
  • Ubah cara bercakap dengan anak dan suami.  Kita mungkin kurang wang, tetapi lebih mewah kasih sayang, jadi apa yang kurang?
  • Ajar anak menilai dan menerima (muhasabah diri).  Barangkali kita ada melakukan kesilapan, jadi apa yang diberikan oleh Allah adalah wajar
MENTAL:
  • Banyak membaca Al-Quran dan berbincang secara positif misalnya bagaimana Allah berurusan dengan hambaNya dalam soal rezeki
  • Kuatkan pengantungan hati kepadaNya
  • Banyakkan berdoa (tidak semestinya diatas sejadah), bercakap dan mengadu denganNya.  Ini adalah terapi paling berkesan
  • Syukur yang tidak putus
  • Banyakkan sedekah kepada anak-anak dan suami melalui perbuatan dengan memasak sebaik mungkin, membasuh, mengemas rumah tanpa merungut, bercakap menggunakan bahasa yang manis dan menghiburkan serta saling menghargai, sentuhan menerusi peluk dan belaian dengan lebih kerap
  • Memaafkan kesalah orang sebagai penghargaan untuk diri sendiri

Jangan Selalu Salah Tafsir!! Bahaya!!!

Seorang pemuda yang baru frust bercinta mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu.Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.Si pemuda itu merasa nervous kerana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, “Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana,” ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.

“Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,” fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,”Tengok ni, Wati dan Budin, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni” Huahaha..ha. .ha..

Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu… HAHAHAHAHAAAA. … … …

Moralnya: Jangan sesekali pasang niat nak jadi gigolo! Dosa Besar tuh! .

Thursday, April 22, 2010

Jalan-jalan Cari Makan

Tak tau nak masak ape ari ni...ajak laa anak kuar mkn kat Restoran Akasia kat Taman Perindustrian UEP sebelah ngan USJ 12 (ala kat pusat pengedaran Proton tu ler...), restoran kegemaran Firdaus...  Restoren ni sedap jugak masakannya...harga not bad...roti canainya pun sodap...mak cakap goreng pun sodapppp...hahaha.

Alahai...tgh syokk makan bee hoon goreng..si Zaim plak buat hal...menangis tak tau apa nak..sib baik ler ada pak cik pekerja kedai tu pujuk dia....baru ler diam...baru ler maknya boleh update blog ni...

Teman tengah menunggu anak teman yang sorang lagi tu tengah pi tuisyen kat Pusat Tuisyen Intelek Maju kat seberang restoren ni ajer....malas nak balik....suh anak teman si Firdaus bawa komputer ...haaaa... kat restoren ni ada wifi....sikit punyer bagus lar...blh update blog...

Dia Datang - Ikona MAPS - Revolusi Baru

 Ikona MAPS:
  • IkonaSoftware (M) Sdn.Bhd. sebuah syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland, telah membangunkan aplikasi sistem perlindungan komputer dikenali sebagai Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware).
  • Ikona MAPS dibangunkan selama empat tahun (4) dan memerlukan kira-kira 300 tenaga pakar untuk menjadikannya satu realiti.
  • Ia merupakan aplikasi perlindungan komputer empat (4) dalam satu (1) iaitu antivirus, antispyware, antimalware dan antihack.
  • Ikona MAPS mampu beroperasi secara tunggal tanpa capaian internet, tidak menganggu aplikasi lain dan beroperasi sepanjang masa.
  • Ikona MAPS adaladah perisian pintar yang mempunyai dua (2) enjin pengkomputeran utama iaitu tujuan dan perangai.
  • Ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, Trojan kuda, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.
  • Pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan.
Inilah diantara ciri-ciri dan kelebihan Ikona MAPS yang teman dapat kongsikan bersama pembaca sekelian...kalau mike(u) semua nak melindungi komputer mike, teman syorkan mike beli lar satu (1)...teman pun berkira2 nak membeli juga sebab almaklum...asyik di internet ajer...nanti kena serang dah ada dah perisai....teman tgk ada tiga (3) pakej:

Home Package

Surf and Search safely
Ikona does not require a connection or access to the internet
No updates. A Stand Alone System
Ikona Operates in the background
Completely automated & Totally Safe

Small Business

Surf and Search safely
No technical knowledge required
No Internet connection required
Operates in the background
No slow down during scans

Enterprise Package

Surf and Search safely
Totally safe on VPN
File Sharing Safe
Peer to Peer safe
Stand Alone & No Internet Required

Undang-undang Pelik Yang Jadi Amalan

Undang-Undang Thailand:
a.  Dilarang keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam
b.  Mesti berpakaian ketika memandu kereta
c.  Anda mesti membayar AS$600 di Thailand jika ditangkap ketika membuang gula-gula getah di   jalanraya.   Jika tidak, anda boleh dipenjarakan.
d.  Tidak dibenarkan memijak sebarang mata wang negara

Undang-Undang Israel:

a.  50% daripada muzik yang dimainkan di stesen radio kerajaan Israel, mesti dimainkan oleh artis Israel
b.  Tidak dibenarkan menunggang basikal tanpa lesen
c.  Seseorang peguam mesti memakai tutp kepala apabila datang ke mahkamah
d.  Diharamkan membela babi di tanah Israel.  Hukuman yang akan dikenakan ialah membunuh babi peliharaan tersebut
e.  Sekiranya anda mengendalikan sebuahstesen radio haram selama lima tahun atau lebih, stesen tersebut dikira sah
f.  Tidak dibenarkan mencuit hidung pada hari Sabtu (Undang-undang Agama Yahudi)

Undang-undang Arab Saudi

a.  Diharamkan mencium orang asing
b.  Wanita tidak dibenarkan memandu kereta
c.  Menjadi kesalahan jika seseorang wanita muncul dikhalayak ramai sekiranya tidak diiringi oleh seorang pengawal atau saudara lelaki
d.  Tidak dibenarkan mengamalkan sebarang amalan agama lain selain Islam
e.  Doktor lelaki tidak boleh memeriksa pesakit wanita dan doktor wanita tidak dibenarkan memeriksa pesakit lelaki
f.  Perempuan dilarang menjadi doktor

Undang-undang Australia

a.  Kanak-kanak tidak dibenarkan membeli rokok tetapi dibenarkan menghisapnya
b.  Tidak dibenarkan meninggalkan kunci kereta dalam kereta tanpa pemiliknya
c.  Dilarang merayau di jalan memakai pakaian hitam, kasut kanvas dan menconteng pengilat kasut berwarna hitam pada muka kerana ia menyamai kucing
d.  Dilarang membaca kad tarot orang lain atau memberi bacaan psikik kerana ia adalah satu bentuk sihir
f.  Umur yang sah untuk mengadakan hubungan seks ialah pada umur 16 tahun, jika dibawah jagaan, umur yang dibenarkan ialah 18 tahun
g. Dibawah Undang-undang Komunikasi Australia (Australian Communication Authoriti - ACA) modem anda tidak dibenarkan mengambil deringan pertama.  Jika tidak permit ACA anda akan dibatalkan dan perlu membayar denda $12,000- Akta Telekomunikasi 1991
h. Teksi dikehendaki membawa seikat jerami di belakangnya
i.  Bar-bar dikehendaki menyediakan bangsal, makanan dan minuman kepada kuda-kuda pelanggan mereka
j. Hukuman penjara seumur hidup adalah selama 25 tahun

Info Pendakian Mohd. Noor

Pendaki Solo, Mohd. Noor Mat Amin telah berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila menjadi rakyat Malysia yang pertama berjaya menawan Gunung Kinabalu sebanyak 111 Kali dalam tempoh 111 hari.  Diantara info menarik mengenai pendakian beliau ialah:
  • Membawa peralatan seperti payung, tongkat, lampu suluh dan beg berisi makanan dan pakaian untuk satu pendakian.
  • Power Gel dan Trilflex antara makanan tambahan yang dimakan
  • Pernah mengalami sakit perut selama tiga hari selepas makan tomyam
  • Antara makanan yang menjadi hidangan sepanjang tempoh pendakian adalah nasi goreng, roti, sosej dan coklat
  • Beliau telah mendapat sijil daripada Malaysia Book Of Records diatas kejayaannya menamatkan misi solo pendakian ini
  • Antara kesukaran yang dihadapi adalah kabus tebal, angin kuat dan hujan lebat yang membentuk air terjun
  • Pernah melihat rusa dan anjing hutan semasa pendakian
  • Berpeluang menyambut hari lahir ke 42 pada 3 Februari, 2010 di puncak gunung
  • Pada pendakian ke 49, isteri beliau Rosmawati Mohd dan anak mereka Muhammad Shahrulnizam turut menyambut ketibaannya di puncak.

Tuesday, April 20, 2010

Kerja-kerja Update Blog

Malam ni aku update blog dgn dibantu kuat oleh anak teruna aku  Firdaus.   Dia yang tolong masukkan nuffnang advertisement dan cbox. dan lain-lain aksesori blog...dia dah siap kira berapa charge aku kena bayar kat dia...bisnes is bisnes...hayooo...(utang dulu yer.)...nak harap aku...dari petang tadi dok godek2 ntah apa2 jadiknya blog...ada yg lesap ada yg timbul...dia balik sekolah dan dah bagi dinner...aku minta tolong dia updatekan...aku mengarah ajer....upah dia lum bagi lagi...hehehe...tunggu gaji ler yer...

Kalau sekali lalu tgk mmg senang buat blog...F.O.C...kalau kemahiran dlm IT di bawah par....senang macamana pun blerr jugakkk nak tambah itu tambah ini dlm blog...setkt basic blog kaku boleh lerr kita buat....kalau tak caya cuba lar buat....sebab tu dikenakan charge...nak memikir jugak mcmana nak design blog tu bagi cantik sikit...

Bila dah berblog ni seronok jugak kan....aku agak mahir sikit dah dlm hal2 blog ni...dulu nak edit pun tak tau...anak aku ajar baru aku tau..setakat baca arahan tak berapa nak faham...buat2 asyik tak jadi jer...tu yg wat fedup dan biaq jer cenggitu....blog kosong dan tak menarik langsung....(dulu pernah cuba...sebab org ckp blog ni mudah dan f.o.c- pada aku mmg mudah pada yang expert)   hehehe

Kasihi Anak-anak Yatim/Yatim Piatu

Semalam kawan depan aku ni sibuk mengutip derma untuk diagihkan kepada Rumah Anak Yatim kat Puchong (Rumah Amal Limpahan Kasih). Dia cakap persatuan penduduk kat taman dia nak pi melawat umah anak yatim ni pada 25 April, 2010. So, sesiap yang nak menderma boleh lah antarkan kat kawan aku ni...Puan Zakiah...dia ni merangkap pengerusi bahagian wanita di taman tempat dia tinggal...tahun depan mesti tercalon lagi ni...sebab aktif dalam kerja2 kebajikan dan seorang ketua yang bertanggungjawab...semoga 1 hari nanti hang jadi wakil rakyat pulak...semoga Allah memberkati usaha2 murni yang dijalankannya...
Kalau tiada aral melintang mungkin aku dan anak2 nak join jugak...tak pernah masuk kat rumah amal ni cuma selalu lalu ajer sebab kalau pi site visit kat belah Kg. Seri Aman mesti lalu kat sini...tengok keadaan , kalau mengizinkan ada la aku dan anak2 kat situ....bagus juga tunjukkan kat anak2 kehidupan mcm ni...biar dia orang tau mcmana hidup tanpa ibu atau bapa....
Kawan aku ni juga ada bagi tau sesiapa yang sudi untuk mengambil anak2 yatim ni sebagai anak angkat blh jugak...cuti sekolah boleh la diambil untuk tinggal bersama dengan kita....

Minta maaf banyak2 ler kawanku sebab tak dapat ikut serta rombong cik kiah....tapi aku upload jugak lar gambar mike semua dalam blog teman ni...sebagai tanda kenangan.....layannnnn.

Inilah wajah anak2 yang memerlukan kasih dan sayang kita...comel2nya sayang ni  (3 yang di hadapan berbaju pink, dark pink dan purple), semoga sayang2 semua menjadi insan yang solehah.....amin..
Persembahan dari anak2 yang bertuah ni ...semoga Allah merahmati anak2 semua....

Monday, April 19, 2010

Tudung oh Tudung



Anak dara aku yang No. 2 sedang mengayakan tudung yang aku jual. Nak cari model , kos la pulak...amik dia free ajer...hehehe...belanja makan aiskrim senyum la dia. Ada 4 size tudung aku jual, M,L,XL dan free size (tudung ni bila pakai...tarik ke tepi skit...nanti kat depan tu nampak mcm berombak sikit)

Harga: RM 40 untuk saiz M, RM45 untuk saiz L, RM55 untuk saiz XL dan free saiz RM40 ajer....boleh cuba tak rugiii....


RxLite: Membantu Membakar Lemak/Mengurankgan Rasa lapar/Membantu Proses Pencernaan/Mengandungi Anti Oksida
Kecapi Berat Badan Ideal Anda Hari Ini! Mulakan hari anda dengan minuman gantian makanan RxLite- Mudah/Lazat/Berkesan.
RxLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RxLite akan membantu menambahkan tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.
RxLite mengandungi Garcinia Cambogia yang bertindak sebagai penghalang rasa lapar semula jadi beserta L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Formula khas DND Fiber pula membantu anda rasa kenyang selepas secawan koko RxLite!!!
Amalkan sistem pemakanan seperti yang disyorkan dalam panduan yang disertakan bersama dengan setiap pembelian RxLite....

Alahai....

Hubby aku call aku kat opis katanya nak ke klinik sebab rasa pening dan sakit belakang dia tak hilang lagi...aku pun minta izin bos kecik utk keluar sekejap...alamak parking punyer le susah kat usj ni...kalau dapat park macam jumpa emas seketul...betapa mahalnya parking kat usj ni...alahai.

Di klinik hubby diberikan ubat utk hp, kolestrol dan tahan sakit......pastu dia pun kena antar aku ke opis semula, dia pun nak bergerak balik ke opis dia plak... (kerja sendiri jer dia)...aku doakan semoga dia sihat segar dan bugar semula....kalau dia sakit aku pun jadi sakit jugak ....

Sebelum ni ada aku belikan susu alpha lipid....hilang la sakit kepala dia...tapi tak sempat nak pi amik stok lagi....susu dah habis dah.

Sunday, April 18, 2010

Dari Allah Kita Datang KepadaNya Kita Kembali

Terkejut baca nws paper berita pasal Acik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Innalillahirojiun...takziah buat kaum keluarganya dan sahabat handai yang merasai kehilangannya...semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan ini dan Al-Fatihah untuk arwah. Giliran dia sudah ditentukan...bilakah giliran kita akan dijemput...hanya Allah yang maha mengetahui...semoga kita sentiasa meningkatkan amalan kita untuk bekalan semasa dijemput nanti...


Ahad Yang Menceriakan

Selamat pagi dan syukur kerana masih bernafas, sihat dan selamat semua...syukur pada Dia yang memberi semuanya.

Pagi ni tak tau nak buat sarapan apa untuk ahli keluarga aku...cakap ngan anak sulung nak buat cucur bawang dia pun kata ok..on ajer la..kalau dia tak mau susah jugak..saper nak makan mak punya cucur...bazir ajer..dia plak suggest utk letak karet sikit..dia pun tolong la potongkan dan masukkan dalam bancuhan cucur aku tadi...dia nampak minat dalam masakan ni...aku ingat cuti sekolah nak antar dia ke kelas masak memasak..biar dia jadik macam chef wan ker...chef Ridzuan ataupun chef Ismail...

Habis sarapan...nak ke kedai la pulak cari bahan2 nak masak untuk lunch...anak2 minta dimasakkan asam pedas...tgk dlm peti ais ada ikan tenggiri yg dibelikan babanya...cuma bahan2 ada yg kureng...so , ke kedai le cari...nak beli news paper jugak...tak boleh tak baca paper time minggu macam ni...

Tengok pokok2 buluh yg dibeli 3 minggu lps..hidup subur jugak walau dlm pasu...nampak la hijau sikit kat belakang umah aku ni...kalau tidak depan batu, belakang batu...umah aku dah tak da tanah langsung...abis di tile kat hubby aku...anak senang nak main katanye..planter box aku pun ditibainya jugak...terpaksa la menanam menggunakan pasu...tempat pilihan aku nak cari pokok2 ni ialah di subang lane kat atas airport lama tu...seronoknya dpt pi nursery..tgk pokok2 mendamaikan sungguh..cantik2 pokok kat sini..rasa semua nak diangkut balik...hehehe

Kita juga perlu membantu kerajaan untuk mencapai hasrat menghijaukan bumi dan sekarang telah ada kempen 'green building' so,apa salah kita mulakan dari umah kita...betul tak...

 Lepas amik sarapan tak lupa aku akan mengambil Apple Dietary Fiber + Vitamin C (4 in 1) ada campuran spirilina + klorofil. Ia dirumus dengan enzim buah2an serat, serat spiriluna, klorofil dengan rasa epal yang lazat. Ia difomulasikan utk membantu kita mengurangkan berat badan, memberi rasa kenyang, meningkatkan kadar metabolisma, melegakan sembelit,membakar lemak, membuang lebihan angin dan mempermudahkan sistem pelawasan. produk ini mendetoks dan mempunyai kandungan vitamin C. Keluaran D Asia- alamak promote produk la pulak....


Biasakan Dirimu Dengan Membawa Bekas Dari Rumah Apabila Pergi Ke Pasar Atau Ke Restoren Untuk Menapau Makanan

Haa...ini lagi 1 topik yg agak menarik jugak untuk dibualkan....kalau kita pi pasar atau pi restoren nak tapau makanan bawak balik umah atau bawak balik opis...kita guna bekas sendiri yang dibawa dari rumah...kalau i prefer gunakan bekas tupperware kerana warnanya yang menarik , kualitinya yang baik dan mudah pulak kita nak store kan dia...kalau nak simpan biskut pun bagus sebab tppware begitu kedap udara...

Bukan apa...sebagai menyahut seruan untuk membersihkan bumi dari sampah2 yang payah nak lupus...disamping kita menyahut seruan kita juga menyelamatkan bumi kita dari bahan2 susah lupus ni..kita dah kurangkan penggunaan plastik dlm membungkus makanan atau sayuran...tak susah pun kan...tupperware memang lar org kata mahal..tapi berbaloi cik kak .....tahan lama, sekarang ni ia dikeluarkan dengan kaler2 yang amat menarik....colourfull....fuyoooo.

Santai ajer

Ustaz ada menyatakan ayam akan berkokok pada sepertiga malam (lebih kurang jam 3.ooam) kerana dia nampak Malaikat Jibrail yang diperintah oleh Allah untuk turun melihat siapakah dikalangan hamba2Nya yang sedang beribadah.....betapa hebatnya makhluk ini...ia akan berkokok sehingga ke akhir dunia...diberitakan hanya sekali sahaja ayam tidak berkokok iaitu semasa Firaun hendak menangkap Nabi Allah Musa...dikatakan pada malam sebelum beradu Firaun menitahkan bala tenteranya untuk bergerak menangkap Nabi Allah Musa selepas ayam berkokok...Allah telah memerintahkan supaya ayam jangan berkokok kerana ia akan memberi pedoman waktu kepada Firaun durjana...maka ayam tidak lah berkokok dan si Firaun dan bala tenteranya terlewat lah bangun..dan Nabi Allah Musa dah pun sampai ke seberang (atau ke tengah laut???)...jadi frust lar Firaun......

Kelas Bahasa Arab Untuk Memahami AlQuran


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku mengikuti Kelas Bahasa Arab Untuk Memahami Al-Quran yang  dianjurkan oleh Ustaz Muhamad Abdullah atau Ustaz Amin. Kelas ni aku dah tunggu lama dah sejak kak Mala bagi tau last year...ternanti-nanti dari sehari kesehari...akhirnya pada akhir Januari, 2010 (tarikh tak ingat) dapat berita daripada kak Mala yang mengatakan kelas akan bermula Februari, 2010.

Kelas pertama pada 3 Feb. 2010...kelas pengenalan yang diajar oleh Ustaz Mohd. Aliff bin Abd. Ghoni...mudanya ustaz ni..baru 23 tahun..kelas pertama diajar ganti nama org ke2 dan org ke3. Alhamdulillah...mudah difahami...balik umah mula la menghafal...guna jari....

Dalam diam tak diam...dah masuk ke buku 2 dah belajar...nampak makin banyak penambahan suku kata dan perkataan baru kena ingat dan faham...berkat tunjuk ajar ustaz yang tak jemu2 melayan makcik2 dan pakcik didalam klas ni..semua yang nampak sukar menjadi mudah...bila dok dalam klas ni teringat kelas org dewasa dalam citer P.Ramlee kalau tak silap citer Pendekar Bujang Lapok...hehehe...

Klas ni diadakan di kedai pejabat kat Wisma Dicor SS 17, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan....senang citer kat depan Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling (PTD) (bakal menjadi bekas tapak PTD- sebab PTD ni akan dipindahkan ke Sg Buloh tak lama lagi)