Masjid Negeri Pulau Pinang di persimpangan Jalan Air Hitam dan Green Lane merupakan ilham oleh Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia. Ia dibina pada tahun 1968 di atas tanah seluas 11 ekar dan perletakan batu asasnya pada 16 Julai, 1977 oleh Yang Dipertua Negeri. Model reka bentuk masjid ini disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dan arkiteknya E.B. Paz, berasal dari Filipina yang pakar dalam mengkaji serta membuat reka bentuk masjid terkemuka di Asia Barat. Masjid ini menelan kos sebanyak RM5 juta.
Showing posts with label Pusat Maklumat Utusan. Show all posts
Showing posts with label Pusat Maklumat Utusan. Show all posts
Saturday, April 24, 2010
Fakta Warisan Islam - Masjid Negeri Pulau Pinang
Posted by Purple Dreamers at 7:43 PM 0 comments
Labels: Pusat Maklumat Utusan
Fakta Warisan Islam - Kota Budaya Kota Baharu , Kelantan
Kota Budaya di Kota Baharu, Kelantan dibina berasaskan rekaan bentuk pintu Kota Istana Balai Besar zaman silam. Ia diisytiharkan sebagai Kota Sultan Ismail dan dirasmikan Sultan Kelantan pada 1992. Keunikan pintu kota itu ialah, ia mengandungi ciri-ciri keagamaan dan pemerintahan beraja.
Tiang di kiri dan kanan pintu melambangkan struktur pemerintahan beraja. Manakala tiang utamanya menjunjung rehal dan kitab melambangkan keutuhan agama Islam. Tulisan Iqra di bawah rehal pula melambangkan kepentingan menuntut ilmu dalam Islam.
Posted by Purple Dreamers at 7:37 PM 0 comments
Labels: Pusat Maklumat Utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)