Wow!!!! menarik tarikh ni...ramai yang mengambil kesempatan sempena tarikh ni..diantaranya ramai yang melangsungkan hari bahagia pada tarikh ni termasuk idola aku dan anak ku..Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Harlina...semoga jodoh mereka berpanjangan dunia hingga ke akhirat....
Ketika membelek surat khabar Mingguan Malaysia (10.10.10) aku amat tertarik untuk membaca ruangan wawancara....tokoh yang diwawancara kali ini ialah Y.Bhg Datin Seri Rosmah Mansor. Wawancara berkisar tentang kehidupan beliau dan peranan beliau dalam Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang akan berlangsung pada 11.10.10 dimana beliau merupakan penaung kepada sidang kemuncak ini.
Diantara bait-bait wawancara yang menarik untuk saya kongsi bersama pembaca ialah pandangan beliau dari segi sosiologi mengenai KELAKUAN SESEORANG: Diantaranya ialah:-
"Jika seseorang itu berkelakuan tidak betul pasti ada sesuatu yang tidak kena sepanjang hidupnya. Kata beliau mesti ada sesuatu yang tidak betul dalam hidup individu ini dan dia merasakan dia perlu membalasnya kepada orang lain. Contohnya seperti mereka tidak suka melihat kegembiraan orang lain. Saya pasti anda pernah berjumpa dengan orang sebegini. Mereka tidak mahu dan tidak suka melihat orang lain gembira.
Jika dikaji mesti banyak detik tidak gembira sepanjang hidupnya dan dia tidak pernah merasai kegembiraan itu. Tetapi kita perlu mengingatkan diri kita bahawa kita sendiri yang mengawal diri kita dan jangan sekali-kali benarkan orang lain mempengaruhi emosi, tingkahlaku dan fikiran anda. anda sendiri yang kena kawal sistem anda. Jadi terpulanglah kepada kita untuk menjadi orang yang baik atau sebaliknya...Buat lah pilihan anda sendiri".
Saya dapat simpulkan bahawa...memang ramai hamba Allah yang berkelakuan seperti ini...ia boleh diibaratkan sebagai salah satu penghidap sakit jiwa....kerana jiwa yang sakit selalu tidak senang kepada orang yang berada disekelilingnya....akan ditimbulkan fitnah dari kejahatan mulutnya, akan disuburkan rasa cemburu buta kepada suami, isteri atau pasangannya....berlaku pergaduhan yang tidak berkesudahan...hamba Allah yang sebegini perlu dirawat jiwanya ..Wallahualam
0 comments:
Post a Comment