BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang Ke Blog Purple Dreamer's. Anda Adalah Pelawat Ke

Hit Counters

Laguku Untukmu

Saturday, May 15, 2010

Sabtu 15 Mei 2010

Selamat pagi semua..salam sejahtera....pagi ni anak PD CT dan Yasser ada sport kat padang MPSJ....parking punya ler susah....just antar dia orang ikut pintu tepi tu jer.....pastikan dia orang dah pi kat khemah rumah masing2 dan PD pun pi lar kat Mc D, breakfast dan belikan anak2 yang kat umah bubur , tak sempat nak buat sarapan...hehehe...zaman sekarang mudah ajer....kalau dulu..mak2 kita semua masak sendiri tak kira pagi petang, siang malam....
sambil tunggu depa PD kodek2 lar pc ni...

Thursday, May 13, 2010

Hahahaha...Relex sekejap

Panggilan Jepun Bagi Seseorang…


01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI

04. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

05. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

06. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA

07. Yang bisu – KIETA TADASORA

08. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA

09. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

10. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

11. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

12. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA

13. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

14. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI



Isi Borang Untuk Kerja Kosong

Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi

Age : Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before

Race: I love to race. How u know?

Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo

IC No.: 6735

Tel No.: My house no telephone

HP No.: Nokia 3310

Address: Jelutong, Penang

City: Nurhaliza?

Postcode: I never post anything

Country: I love travel to London

Status: Secret

EmailAddress : Hotmail

Education Background : My teacher said, not bad

Working Experience : Last time I got sell pirate VCD

Father’s Name : Daddy

Father’s IC No. : U ask him

Mother’s Name : Mummy

Mother’s IC No. : U ask her

Expected Salary : As much as u can pay

When can start work? : Depends on my mood

Highest Qualification : Very high

Grade : Also very high

College/University : College

Signature : Can I use chop??



Wednesday, May 12, 2010

Saper La Punye Keje niih!!!

Masa balik rehat tengahari ternampak lah satu objek yang tidak sempurna lagi....ini la bendanya...sapa la yang punya harta dan sapa la punya kerja jahat nii...dah tu letak plak kat tepi umah PD...apa depa ingat ni tempat besi buruk apeee????


Tuesday, May 11, 2010

Marilah Kita Masak Memasak

Dalam kesibukan berkejaran ke sana sini untuk pi amik anak kat 2 'stesen', sempat juga PD memikiau untuk masak apa untk dinner...pikiau punya pikiau...teringat nak wat tomyam....dan goreng telur dadar pun sodappp...serba ringkas....bujang sulung tu suka tomyam...sambil menunggu dia keluar klas...pi kedai bli bahan untuk wat tomyam...sib baik petang ni hala ke balik umah tak berapa jem...kalau tak jenuh jugak PD dok dalam kete lama...bak kata nenek PD dedulu..naik kematu dek duduk ajo.....samapi ajer umah tak lengah lagi buka tudung capai apa yang patut untuk wat tomyam....ini lah hasilnya...masa anak2 tengah makan...PD tanya sedap tak...kalau tak sedap lain kali tak mau buat...hehehe...tanya soalan dan siap bagi warning lagik.....


Friday, May 7, 2010

Jadi ke Tak Jadi!!!!

Jadi ke tak jadi mee aku...tapi bila dah digoreng...sodappp jugakkk...hehehe
Ni plak PD punya kek lapis kukus asam manis....rasa manis masam.....

Sekadar Renungan Jumaat

Salam semua...sudah beberapa hari tak update blog ni..agak kesibukan...diam tak diam dah masuk bulan Mei, lagi 7 bulan kita akan melangkah ke 2011.....dalam tempoh ini ada antara kita yang suka, duka, pergi tak kembali dan bermacam-macam lagi peristiwa yang kita tak boleh jangkakan....seperti PD...semalam terima sms dari pak cik PD yang dok kat nun di ujung ceruk Broga bagi tau..isteri abang 2 pupu PD meninggaldunia dengan tidak diketahui sebabnya...kerana sebelum ini dah berubat kat hospital..tp doktor2 bagi tau tiada apa2 penyakit...musykil jugak...takkan doktor yang pakar pun tak boleh detect org yg sedang sakit.....berbagai cara telah dicuba...tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya....kita juga harus ingat bahawa Dia takkan melewatkan ajal kita walau sedetik....Alfatihah untuk Kak Zainon...semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya...Kak Zainon yang PD kenal seorang yang baik bekerja di salah sebuah kementerian dan dia juga seorang yang cantik.  Masa kenal first time dulu (masa tu PD sekolah lagi....dia seorang yang amat cantik pada PD...berkulit putih dan berhidung mancung) bertuah lar abang aku tu beristerikan seorang wanita yang cantik...tetapi sayang kita kepada dia sayang lagi Allah kepada hambaNya dan ketahui lah kita yang masih bernafas...bahawa Malaikat Maut menjenguk kita sebanyak 70 kali dalam satu hari...ini bermakna setiap lebih kurang 20 minit malaikat ini akan datang kepada kita untuk menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya....kalau masa kita tiba.....akan diangkatlah roh kita dari jasad....sekadar mengingatkan diri sendiri dan keluarga tercinta, rakan2 , sanak saudara dan para musliman dan muslimin....bagaimana agaknya jika semasa kita sedang berbuat sesuatu yang dilarang olehNya datang malaikat ini dan ketika itu dia turut diarahkan untuk mengambil roh kita...so...apa kita akan jadi....jauhi lah keadaan ini dari menimpa kita, anak2 kita, suami/isteri kita, sanak saudara kita...dan para saudara seagama kita.....

Tuesday, May 4, 2010

"Perliharalah diri mu dari api neraka, walau pun hanya dengan -kebajikan pahala sedekah-separuh buah kurma sahaja"

Derma

Untuk menderma ke tabung pembinaan masjid assahabah Bosnia: Maybank 5140 6605 4194 Wan Shohor bani Leman

HUBUNGI: Us Wan Shohor Bani bin Leman 012 22 99 350




Maksud wahyu Allah s.w.t "dan sesiapa sahaja yang mengagung-agungkan (memperhebatkan) syiar-syiar agama Allah, maka itulah tanda adanya takwa di dalam hati mereka"



Teruskan derma anda sehingga siap sepenuhnya masjid ini...
Semoga tuan/puan diebrkati oleh Allah .Amin

Monday, May 3, 2010

Spiritual, Emotional, Freedom & Technique????!!!!!! = SEFT

SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak performance’ secara cepat, mudah & amp; universal.

Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT adalah:

1. NLP – Neuro Linguistic Programming

2. Behavioral Therapy

3. Psychoanalisa

4. Logotherapy

5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing

6. Sedona Method

7. Ericksonian Hypnosis

8. Sugesty & Affirmation

9. Visualization

10. Provocative Therapy

11. Transcedental Relaxation & Meditation

12. Gestalt Therapy

13. Energy Therapy

14. Powerful Prayer


SEFT dapat digunakan untuk:

• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 minit

• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT for Peak Performance"

• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck Factor"

• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"

• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"

• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"

• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"

SEFT® merupakan penggabungan antara spiritualiti (melalui doa, keikhlasan, dan kepasrahan) dan energy psychology. Teknik ini telah dibuktikan oleh pelbagai kajian-kajian ilmiah. Tidak ada unsur ‘supranatural’ atau klinikal dalam SEFT®.

SEFT® dikembangkan daripada Emotional Freedom Technique (EFT™), oleh Gary Craig (USA), yang sekarang sangat popular di Amerika, Eropah, & Australia sebagai penyelesaian tercepat & termudah untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, dan emosi, serta untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Hingga kini, EFT telah digunakan oleh lebih daripada 100000 orang di seluruh dunia.
 

Apa Faedah Anda Menghadiri Workshop SEFT ?

• Anda dapat mempelajari kaedah SEFT For Healing– Set UP, Tune In & Tapping dengan betul secara praktikal

• Anda dapat menyelesaikan pelbagai masalah fizikal, emosional & spiritual dengan cepat (5-50 minit), kesannya dapat dirasai dalam tempoh 15 minit.

• Anda dapat mempraktikkan kaedah SEFT ini untuk diri anda, keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, sub-ordinate, pelajar, dan sesiapa saja yang ingin anda bantu
Encik Sukri sedang membuat ‘tapping’ menggunakan kaedah SEFT keatas En. Safian yang ketagihan rokok sejak berbelas tahun lalu. Alhamdulillah setelah satu putaran lengkap tapping rokok sudah tawar & ‘takde feel lagi’




Bergambar bersama SEFTeR Dr. Yusof Rabu dan Encik Sukri Saad dan sebahagian peserta workshop (ramai dah balik...pengurusan lupa nak habaq awal2 supaya tunggu utk bergambar)

Bangga jugak dapat mengikuti bengkel ni...sebab Dr Yusof bagi tau bengkel ni adalah yang pertama dan julung kalinya diadakan di Malaysia....maknanya PD adalah group pertama untuk bengkel asas SEFT di Malaysia.....

Dari kiri Encik Sukri SEFTeR bersama  bersama Founder SEFT Ahmad Faiz Zainuddin (tengah) dan Tuan Dr. Yusof Rabu.